Saturday 14 December 2013

.

Malam ni malam yang paling teruk kot bagi aku.. Aku dah tak tertahan sangat dah.. dah tak tahu mana aku nak luahkan segala yang terbuku.. kat sini jelah tempat aku mengadu nasib..

Kalau dulu, tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut korang.. Relaks je, okay je, takde komen papepun.. Tapi sekarang, sejak isu tu timbul... apa yang aku buat semua salah.. Ada je yang tak kena.. Tak boleh tengok orang bahagia eh??

Kalau dulu, aku berambut pendek persis lelaki, ada ke korang kisah? Tak pun kan.. Bertahun aku berambut pendek dan tapi kenapa sekarang baru korang nak bersuara, mengatakan ini itu.. bingit telinga aku.. Kalau dari dulu tak suka, cakaplah awal-awal.. Atau sebab isu itu, korang mula meng'judge'kan aku... Dah tak boleh berambut pendek...? Ikutkan hati aku, lagi pendek yang aku nak buat.. tapi aku batalkan hasrat hati sebab korang...

Penat weh duk jaga hati korang je.. ada korang kisah pasal aku? Ada korang ambil tahu apa yang terjadi kat aku? Takde kan.. Bila benda dah menjadi parah, baru korang terhegeh-hegeh cari aku, duk tanya ini itu... Aku dah cukup muak, cukuplah....

Mengapa aku mintak yang jauh-jauh.. aku harap korang mengerti sendiri.. Bila berdekatan, pelbagai isu yang timbul.. Setiap langkahan kaki aku korang duk perhatikan.. Ingat aku tak tahu apa yang telah korang lakukan? Aku tak bodoh laa.. Aku tak kejam, tapi aku akan bersikap kejam ngan orang yang hancurkan hidup aku.. Selagi kau tak mengaku apa yang telah kau curik dari aku, sampai bila-bila aku takkan maafkan... 

Aku tahu segalanya walaupun sikit demi sikit aku berjaya korek.. Aku dah agak segala cerita yang konon-kononnya aku kena itu ini, pasal agama segala bagai.. itu hanya rekaan.. Tapi aku mengangguk menerima sebab aku hormat korang dan aku tahu salah aku.. Bawak lah aku pergi jumpa sesape pun, korang takkan pernah tahu apa yang aku nampak... Aku tak mintak ngan setan, jin.. tapi aku mintak ngan Tuhan aku yang satu akan kebenaran.. Dia tunjuk kat aku, tapi ada ke korang tahu? Takde... Korang duk menuding jari kat orang yang salah.. dan akhirnya aku yang terjebak ngan andaian korang yang entah pape...

Janji pun sekadar janji kan.. Nak ini, nak itu lah.. sampai sekarang habuk pun takde.. dah nak masuk tahun 2014 kot.. Aku hanya berdiam diri, aku malas nak bersuara kerna aku tahu.. isu itu pasti akan timbul tatkala aku bersuara.. 

Sungguh lambat masa berlalu.. aku tak sabar nak memulakan hidup kat tempat baru.. Korang duk asyik tanya mengapa aku mintak dipindahkan ke sana, mengapa bukan kat sini.. Sebab aku dah penat ngan andaian korang.. cukuplah dengan apa yang telah berlaku.. Aku dah nampak segalanya.. aku tak buta!

Entah sampai bila aku harus pikul benda yang bodoh ni.. Aku tahu, semua silap aku tapi tak payahlah sampai setiap gerak-geri aku korang duk persoalkan... Depan aku bolehlah korang buat tak tahu, tapi belakang aku...? hmmm....

Siyes, aku dah tersangat penat ngan semua nih... Dah la sejak akhir-akhir ni banyak benda yang berlaku... Penat otak aku, sakit hati aku, seksa jiwa aku.... Kalaulah aku boleh reset kepala otak aku nih...huhh..

Jangan salahkan aku kalau aku mula mendiamkan diri...


No comments:

Post a Comment