Sunday 22 December 2013

Pendakian

Terkesima, terkedu.. itu yang hanya mampu aku responkan.. satu pendakian yang agak sukar aku kira.. Mungkin ada kekadang aku impikan yang lebih namun aku sedar siapa aku.. Tidak berani aku letakkan harapan yang tinggi..

Biarlah aku mendaki, hingga ke puncak untuk menaklukinya.. Walau jatuh, rebah, berguling sekalipun takkan pernah aku mengalah. Sakit, luka, berdarah waktu mendaki, itu perkara biasa.. Untuk sampai ke puncak, bukan senang.. banyak liku-liku cabaran yang perlu ditempuhi. Andai lalai, ke jurang dan gaung lah tempat aku. Setiap langkahan kaki yang melangkah, perlu di ambil kira sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan perkara yang tak di ingini berlaku.. 

Meskipun aku mendaki seorang diri, hanya bertemankan luka-luka.. ianya sedikit pun tidak mematahkan semangat aku. Biarlah hanya aku yang merasai sakit dan perih ini kerna aku yang memilih haluan ini, aku yang memilih pendakian ini.. 

Semakin  hampir aku merasakan untuk menawan puncak, semakin jauh jugak yang aku rasakan dalam menakluki puncak tersebut.. Mungkin hanya sekadar mimpi andai aku berjaya menawan puncak, tapi aku tidak pernah peduli.. kerna aku bahagia dengan pendakian ini.. dan takkan pernah letih meneruskan pendakian ini..

Bila bisa aku takluk? Jangan pernah di tanya kerna aku sendiri tidak tahu.. Selagi mampu aku melangkah, aku teruskan.. dan andai aku rebah dan tidak mampu meneruskan pendakian ini, tidak bererti aku mengalah.. Cuma aku tidak diberi peluang untuk menaklukinya.. maka terpaksa aku terima itu hakikatnya.. 


Selagi berpeluang, selamanya akan aku mendaki meskipun untuk ke puncak seperti mengejar mimpi.. Sekalipun tidak dapat menawan puncak, aku gembira dan bahagia kerana dapat menikmati pemandangan yang cukup indah sepanjang pendakian ini.. Banyak yang aku peroleh..semoga apa yang aku peroleh itu berada dalam genggaman aku hingga ke akhirnya..

No comments:

Post a Comment