Friday 18 December 2015

Kerana Fon

Hari ini, aku bangun seperti biasa. Fon aku capai. Tapi, something is wrong with it. Dah banyak kali button power aku tekan, tapi skrin still gelap. Bermacam cara aku buat, tapi sama je. Gelap. Hitam. Benda paling aku takut bila fon rosak.

Aku tak sempat backup semua benda yang penting. Hari tu aku backup separuh je. Serius, aku menyesal giler sekarang :'(

Aku tak kisah game data semua kena reset. Yang paling aku sayang, gambar dan mesej.

Lunch, ayah panggil makan. Aku duduk kat meja makan dengan hati yang sangat berat. Sedih tak tertanggung kalau betul fon aku rosak. Pulak tu, semuanya built in. Lagi hancur hati aku..

"Abang.. fon aku rosak.."

"Rosak camne?"

"Aku try on tapi tak dapat.. banyak kali aku buat tapi sama je" aku cuba menahan sebak.

"Takpe..boleh beli fon baru.. duit kan banyak :) ..", mak cuba bergurau.


Aku dengar je fon baru.. aku bertambah sebak. Aku tak kisah pasal fon baru. Yang aku kisah isi dalam fon sekarang. Dan hari ini..kerana fon.. aku kalah. Air mata mengalir jua. Lagi buat aku sedih bila terbayang mesej CottonCandy. Kalau betul rosak, segala kenangan aku dan dia lupus camtu je. 

Satu family cuba memujuk. Masing-masing memberi kata-kata positif. Dalam kepala hanya terbayang.. mesej..gambar..

Aku buntu. Popcorn cakap maybe software. Kemungkinan besar semua data hilang. T____T

I don't know what to say anymore. Aku sedih. Sedih akan hilang semua tu. Aku harap sangat esok pergi kedai.. yang rosak tu minor je. Tak terusik storage aku. 

No comments:

Post a Comment