Thursday 31 December 2015

Kuma Kuma & Pinky

Kenal tak bear turtle ni? Nama dia Kuma Kuma Turtle!

Banyak-banyak bear, Kuma-kuma ni lah yang paling menarik hati aku. Pulak tu kaler hijau. Aku tak boleh tengok mende alah ni. Excited lebih. Hahaha.. Pastu gatai je tangan ni nak beli.

First time aku kenal Kuma waktu form 4. Pinky ada beli keychain bear Kuma. Dia letak kat phone. Warna Pink. Cantik, comel. Sesuai sangat ngan dia. Sebab tu aku bagi nama dia Pinky :) Sejak hari tu, aku cari kat kedai. Tapi, takde. Katanya, beli kat Genting Highland.

Sebagai penawar duka (ceh,ayat..), aku beli keychain bear CJ7. Aku letak kat phone jugak.

Satu hari tu.. 

Aku, Pinky dan beberapa kawan yang agak rapat.. kami duk lepak kat meja bulat. Sambil tu aku dan Pinky duk main ngan CJ7 dan Kuma. Ala, macam main kejar-kejar camtu. CJ7 aku kejar dia punya Kuma. Then entah macam mana, aku letak Kuma dia atas CJ7 aku.

Aku: Ni J (sambil tunjuk kat CJ7) Dan ni Pinky (tunjuk kat Kuma) *senyum sambil pandang Pinky*

Serentak tu jugak, dorang pandang aku dan Pinky. Pinky tak cakap ape. Cuma hanya senyum. Then.. 

Pinky: Eh.. ni J (CJ7) ngan Ming (Kuma).. J kan suka kat Ming *dia letak CJ7 atas Kuma*

Aku: Eh.. kenapa pulak? *terus aku amik CJ7, simpan* 

Kecik hati jap. Patah hati pun ada. Merajuk pun ada. Conversation terus mati kat situ. Nasib ada orang alih topik. Dalam hati aku duk pikir, takkan la dia jealous aku ngan Ming? Memanglah sejak Ming pindah kelas kitorang, aku lebih suka usik Ming berbanding Pinky. Tapi, tu tak bermakna hati aku kat Ming.

Tapi.. ni semua hanya tinggal kenangan. Yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Terima kasih kenalkan saya ngan Kuma Kuma. Hingga hari ni, saya masih jatuh cinta kat mende ni. Dan..terima kasih kerana sampai hari ini, awak masih letak gambar kita berdua kat whatsapp awak.

Btw, Happy 1st Anniversary to you and hubby!

No comments:

Post a Comment