Saturday 15 February 2014

Sesat

Malu bertanya, sesat jalan. Itulah perumpaan yang selalu kita dengar. 

Sesat jalan nak balik kampung, kita masih boleh bertanya. Tapi, macam mana nak bertanya kalau sesat tu dalam hutan? Kepada siapakah harus kita ajukan soalan? 

Perkara ini berlaku dalam hidup aku dan Knight sewaktu ekspedisi Gunung Tahan. 

Selesai solat, jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Encik Sempoi iaitu pensyarah kami mengarahkan aku dan Knight bergerak dulu. "Knight dan Apple gerak dulu k. Follow group Singaporean ni. Saya janji nanti saya kejar awak berdua".

Semuanya berjalan lancar sehinggalah tetiba kaki Knight cedera. Aku dan Knight berhenti - tunggu Encik Sempoi sekaligus terpisah ngan group tu. Lama kami tunggu tapi langsung tiada kelibat dia mahupun rakan seperjuangan yang lain. Akhirnya kami tekad meneruskan perjalanan. 

Hari semakin gelap. Bunyi takyah cakaplah. Macam-macam benda duk main dalam fikiran aku. Dalam hati, tak tahulah nak cakap apa. Takut semua ada. Mulut tak lekang membaca apa yang patut. Aku melihat jam, 'Ya Tuhan, aku terlepas waktu Maghrib..', bisik hati aku. Aku dah cuak. Pesan dia aku lupa. Aku ajak Knight berhenti. Tanda menghormati waktu walaupun aku tahu dah terlewat. 

Aku perhati keadaan sekeliling - gelap. Aku kenal sahabat aku sorang ni. Walaupun dia seorang yang sihat, namun sangat penakut. Aku kuatkan hati, tenangkan dirinya. Rasa gelisah, gelabah, takut semua tu aku telan. Kalau tunjuk aku takut, dia sepuluh kalilah.

Tetiba kami terdengar suara orang bersorak. Kami saling berpandangan. Kami tajamkan pendengaran. Jelas, group Singaporean dah sampai campsite. "Mesti dekat je campsite kita ni. Kita jalan slow-slow nak tak Apple?", tanya Knight.

Dugaan. Banyak jalan bercabang yang kami jumpa. Padahal waktu mendaki, takdelah bercabang. Di setiap persimpangan, kami berhenti. Kami memilih jalan mengikut naluri hati kami - yakin dan tawakal.

Akhirnya, kami jumpa sungai. "Knight! Tu!", aku tunjukkan tanda yang diikat kat dahan pokok sebagai guide untuk pendaki. Maknanya kami di jalan betul. Kami menyusuri sungai lantas mengikut arah tanda. Entah macam mana, kami hilang arah tanda.

"Weh, tanda ni dah takde la Knight..". Aku toleh kiri kanan belakang depan mencari.
"Apple, kita ikut tepi sungai nak? Sebab campsite kita tepi sungai je kan..". Aku setuju.

Dari paras buku lali, kini air sungai paras paha kami. Hinggalah sampai satu tahap, kami terpaksa stop. Dengan hanya dipisahkan satu batu yang sangat besar, kami yakin benar kalau teruskan - tenggelam. Aku panjat batu, ada cahaya samar-samar. Kami cuba bagi signal kecemasan namun tiada respon. Di saat ini, kami putus asa. Mengalah. Sangat-sangat down. Mental dan fizikal kosong.

"Knight, kita patah balik nak? Dah pukul 10.30 ni. Kita tunggu kat sungai tadi. Mana tahu, bernasib baik." Knight setuju. "Tapi kena cepat la takut terlepas", sambung aku.

Dalam perjalanan berpatah balik, aku rasa jauh sangat. Entah macam mana aku rasa nak mendongak kat atas. Aku nampak cahaya lampu suluh. "Encik! Encikkk!", aku menjerit. "Kami kat bawah ni Encik..!". "Eh, camne korang boleh ada kat bawah?", tanya Encik. "Hulur tangan tuh". 

Ketinggian yang dipisahkan antara jalan kami dan mereka lebih kurang 2meter. Aku tak tahulah camne kami boleh end up jalan bawah ni. Lagipun, tak sampai 10minit pun jarak tempat aku jumpa dorang ngan campsite. Tapi entah camne, waktu kami berdua lalu jalan bawah tu.. tak sampai-sampai. Jauh gila rasanya perjalanan. 

Sampai campsite, aku dan Knight bercerita pengalaman kami.

"Korang stop tak waktu masuk Maghrib?", tanya Bob.
"Stop, tapi masa tu dah terlepas rasanya..", jawab aku perlahan.
"Hmmm.. Patutlahhh...." dia menggelengkan kepala. "Nasib baik tak jadi pape"
"Kenapa?", tanya Knight.
"Waktu Maghrib ni adalah waktu di mana pintu alam lain terbuka. Bila dah masuk alam dorang, memang susah la korang nak keluar". Kami berdua diam membisu.
"Sebab tu kalau boleh kita nak sampai campsite sebelum Maghrib. Tengok, berapa lama perjalanan yang korang ambil. Almost 5hours kan.." sambung Bob.

Sebenarnya, ianya hanya mengambil masa 2jam lebih je dari tempat kami berhenti solat untuk ke campsite. Tapi kami mengambil masa selama 5jam. Aku dan Knight memang padanlah sebab banyak stop. Encik Sempoi dan beberapa yang lain tu, aku tak tahulah. Jalan manalah 'dorang' bawak mereka tu. Tapi, ada hikmahnya jugak. Kalau tak memang tak tido campsite la aku dan Knight malam tu.

Cerita ini di simpan rapi antara kami-kami je. Tidak disebarkan. Takut, next ekspedisi kami ditolak mentah-mentah oleh pengarah kerana ini soal keselamatan. Even family pun aku tak bagitahu. 

Pengalaman pahit tapi sangat bermakna. Satu pengajaran buat aku, Knight dan juga mereka.


No comments:

Post a Comment