Wednesday 5 February 2014

Retaknya Satu Hubungan

Sedang Shila sibuk melayan kerenah kawan-kawannya di fesbuk, deringan telefon 'Hanya Aku' memecah sepi malam yang dingin itu.

'Ah, dia yang call', bisik Shila. "Hello"

"Cantik kan phone? Baru beli tu..", bagitahu Wani kat Shila.

Wani, buah hati Shila atau lebih tepat bekas buah hati Shila. Hubungan mereka yang semakin renggang, tambahan pula dengan perangai Wani yang tinggalkan dirinya tanpa sebarang berita. Tup tup muncul - macam biskut chipsmore. Shila buat keputusan untuk putuskan hubungan itu. Penat dengan cerita rekaan Wani.

'Konon la kan phone baru. Macam aku tak tahu lah tu phone apa. Aku kenal sangat phone tu. Ahh..malas aku nak panjangkan, layan jela budak ni', bentak hati kecil Shila. "Pandai eh awak pilih.. cantik....".

"Dah awak kenapa nak sindir? Tak boleh eh saya beli phone baru? Awak bukan ada papepun ngan saya. Buat apa saya nak bagitahu.."

"Eh, mana ada sindir. Just bagitahu cantik phone. Oh, dah tak boleh puji eh? Okay..."

"Apa masalah awak sebenarnya?"

"Takde pape masalah pun. Um, tadi cakap dah takde pape kan. I thought we still.. you know, as you ask me to think about it."

"Memang saya mintak awak fikir. Tapi awak yang mintak putus. And then why you ask me about this? You should ask yourself..!"

"Hmm, yea I'm the one who ask for it."

"Yang nak cakap English tetiba ni kenapa? Dah tak boleh cakap melayu? Dah fikir belom?"

'Eh dia nih.. dia sendiri pun yang speaking, aku pulak yang kena', bentak hati Shila. "Dah fikir. Dan keputusan saya sama.. harap pasni kite still boleh berkawan."

"Kawan? Tak payah.. just get out from my life. I don't need you..!". 

'Ehh, tu bahasa ape cik abang oi.', hati kecil Shila merungut. "Ikut awaklah. Tapi saya nak awak tahu yang bukan saya tak pernah pertahankan semua ni. Kerana janji, saya sabar, saya telan je. Tapi, maaf.. saya tak boleh. Perasaan tu dah tak sama macam dulu..", bicara Shila dengan nada yang lembut. Cuba jernihkan keadaan. 

"Tahu. Dan awak dah ada girlfriend baru kan?", tanya Wani - sinis. Shila persoalkan. "Macam aku tak kenal kau. Kaki curang...!", kata Wani lagi.

"Awak, kalau saya nak curang, dah lama saya curang...", balas Shila. Wani senyap. Tak tahu apa perlu dikatanya lagi. "Tapi, kalau ada yang datang kat saya.. dan saya terima dia. Awak kisah tak?" tanya Shila. Saja nak tahu respon Wani walaupun dia tahu Wani marah.

"Apa aku nak kisah! Kau dah takde kena mengena dalam hidup aku. Ikut kau lah.. Kau tu memang kaki curang...lagipun kau memang dah ada girlfriend kan???!"

"Takde okay." balas Shila dengan tegas. Perbualan mereka berhenti di situ. Senyap - masing-masing membisu.

"Takpela awak. Good luck for your life", Shila mulakan bicara.

"I don't need your wish! Kau tak payah nak wish kat aku segala bagai. Kau penyebab aku jadi macam ni. Kau sakitkan hati aku!"

"Awak ingat awak sorang je yang sakit?"

"Memang.. memang aku sorang pun yang sakit..!"

"Hati saya pun sakit bila awak buat semua ni. Tapi saya senyap taknak perbesarkan. Dah la awak. Tak payahlah cakap kalau kita nak gaduh macam ni. Iye, saya still sayang kat awak.. tapi sayang tu bukan macam dulu. Perasaan tu dah berkurang. Hope lepas ni kita boleh berkawan, kawan baik", jelas Shila.

"Aku tak perlukan kawan macam kau!"

Talian terputus.

Shila masih mengharap Wani akan call. Tapi tak. 'Um, dah la Shila.. just ler her go. She not deserve for you. Sayang memang sayang, tapi kalau dah macam ni,, takde gunanya..', bisik hati Shila.  

Keesokannya, Shila bangun dari tidur terus capai phone. Ada miscall dan mesej dari Wani. Tatkala membacanya, air mata mula berlinang dan perlahan membasahi pipi Shila.

'I do still love you. I taknak sakit lagi. I'm sorry for using harsh words. Sorry.'

Deringan 'Hanya Aku' sekali lagi memecah sepi pagi. Diangkatnya perlahan. Harapan segalanya pulih tapi ternyata tidak. 

"Kenapa susah sangat nak angkat phone hah??!"
"Tak perasan, dah tido"
"Dah ni senang pulak nak angkat..?"
"Kebetulan.."
"Ahh..alasan..!" Terus Wani matikan talian.

'Aku tahu benar ini semua akan berlaku. Ahhh, bodoh..bodoh menangis untuk dia tadi. Bodoh!'. Shila marah dirinya sendiri. Shila tekad, biarlah hubungan ini berakhir. Dia tak nak menoleh ke belakang lagi. Cukuplah apa yang dah Wani buat terhadap dirinya selama ini. 


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sorry.. tak perasan ade typo nama kat situ..
      thanx nway for the comment.. :)

      Delete