Tuesday 28 March 2017

280317

Dah hampir 6bulan.. jarang dapat rasa air tangan bonda. Kadang-kadang je.. bila aku dah tak mampu nak telan masakan sendiri.. takpun bila semua beradik kat umah.. baru bonda gagahkan diri jugak masak. 

Hurm mana tak bosan dengan masakan sendiri.. lepas tiga empat hari, ulang balik lauk sama. Manalah aku masak sebelum ni.. setakat tolong bonda potong-potong jela.. Kat hostel, kawan pulak yang masak. Bila dah jadi camni, nak taknak jadi chef jugaklah aku.. ahaii ^^".. Pulak tu, nak masak kena limit. Bila berpantang.. lauk jadi terhad. 

Kadang, ayahanda yang tolong masakkan.. huhu.. bila anak dia yang sorang ni dah tak tahu nak masak ape. Sekurangnya, nasi goreng ayahanda lagi sedap dari aku! hahaha.. 

Arini buat lauk baru. Aku panggil acar timun + lobak.. tak tahulah korang panggil ape.. Hurm, tak jadi acar pun aku buat.. aku rasa macam sup timun pulak ==. Cair.. warna tak menarik langsung! ahaha.. ni kalu hidang kat mertua, kompem kena rejek! *nangis tepi jalan*

Hurm, tak kisah pun kena ketang-ketung kat dapur ni sebenarnya.. cuma rindu masakan bonda. Rindu. Tiap hari aku cakap kat bonda.. 
"cepat baik ye! nak makan sedap ni.. :D"
"nanti baik.. kite g kelantan!"
"baik cepat.. nanti boleh makan nasi dagang"
"dah baik.. boleh sambung jahit..hehe"
"nanti nak hantar AJ, boleh kite g soping :D"

Doakanla ye kaki bonda cepat sembuh.. :)

No comments:

Post a Comment