Wednesday, 30 August 2017

Angry Bird

Hajat nak p Angry Bird Theme Park akhirnya kesampaian. Walaupun ramai yang cakap, tempat ni untuk budak je best..tapi bagi aku, theme park ni seronok okeyh! Seronok ni makin berganda sebab dapat tiket free..! *menari poco-poco*

Aku ni memang jenis suka main benda alah ni.. so eksaited tu kamain lagi XD Bila langkah masuk je dalam theme park ni, makin menjadi perangai budak-budaknya.. Lompat sana, lompat sini.. merangkak, terjun, memanjat.. Kadang, budak-budak pun kalah.. haha!

Nasib dapat partner satu kepala. Aku lompat, dia lompat.. Kalau dapat yang jenis serius.. haha.. lantak kau lah! Aku nak main jugak.. kahkah.. 

So, kalau korang dah tak tahu nak dating mana.. datang sini pun ok. Jangan pulak dah masuk, korang kelip-kelip je tengok budak main. Join je budak-budak tu main. Kalau segan.. meh ajak aku.. ;p


Sometimes, we should be children to enjoy life. Left everything behind. And focus on what make us happy.  -AJ-

Tuesday, 8 August 2017

Detik 12 Malam

Aku baru je nak lena. Tiba-tiba Queen kejutkan aku. Macam biasa, kena dua tiga kali barulah aku bangun. Bila aku bukak mata tu..

"Happy Birthday awak!" Siap pakej kek dan lilin. Walaupun lilin tu tak cukup (haha) tapi tak kisahlah.. as long as dapat sambut ngan tersayang.

Tak lama pastu, Queen suruh aku amikkan laptop dalam kereta. Memang tak lah kan nak amik dah tengah malam gitu. Last2, dia mintak aku teman.

Dah la malam, gelap, kabur.. aku nampak la Queen pegang bawak barang. Siyes mati2 aku ingatkan laptop.. aku pun ingat nak tolong la bawakkan rupanyeeeeee.. bouquet of chocs!! Speechless kejap sebab tak expect langsung. Pulak tu, pandai dia berlakon. Biasa, awal2 memang dah kantoi hahaha..

Thank you so much my dear. Hope tahun depan kita dapat sambut sama-sama yek.. I love you. 😊

Monday, 24 July 2017

Very Belated Birthday

Dah berbulan birthday Queen.. tapi satu hadiah pun aku tak bagi selain cheesetart (surprise delivery). Tu pun cheesetart punya wording - dear terpaksa dia makan takut family tahu 😂 haha.. 

Hari demi hari.. masih krik krik hadiahnya. Time aku nak buat payment, time tu la bendanya sold out. Time aku simpan senyap2 dalam cart takde pulak nak sold out 😑 hurmm

Sampai la bulan 7. Malam tu semangat aku tiup belon pastu pecah. Tiup lagi. Pecah. Tiup yang ketiga..pecah kena mata aku oiii.. 😭 Terus insaf taknak tiup hahaha

Esoknya, berani suam2 kuku.. aku tiup jugak. Tapi kecik jela. Takut oii.. merana aku gi kerja ngan mata bengkak! Siap tiup, cari tali dan kertas. Ikat, ikat dan ikat lagi.. Tadaaaa...!
Aku letak atas katil. So dia bukak pintu bilik terus nampak :)

Happy Belated Birthday my Queen! 
Sorry hadiah lambat. Tapi hadiah tu tak seberapa jika nak bandingkan dengan kasih, sayang dan cinta awak kat saya 😘

Thursday, 6 July 2017

Happy :) Day

*throwback*

AJ: Awak, free tak masa :) Day? Makan sekali nak tak?
Queen: Ala.. tak sempat la wak..
AJ: Ouh..okay. Takpe.. lusa la ye.

Lusanya..

Kami dah berjanji untuk lunch sekali - tapau dan makan kat rumah. Aku pergi dua tiga kedai, banyak lauk dah habis. So aku call Queen mintak dia belikan. On the way balik rumah, aku singgah 7E belikan Magnum as her present. Satu untuk dia, satu untuk aku. 

Harapan cuma satu, jangan dia sampai rumah dulu dah.. Belok masuk lorong, fuhhh nasib dia tak sampai lagi. So, aku cepat-cepat masuk rumah.. simpan Magnum dan kemas bilik. Dan amik kad yang aku buat malam tu.. sorok kat dalam buku. Bila dah dalam buku, takde rajinnya si Queen ni nak belek kan.. haha.

Dah habis makan, kemas, basuh tangan.. Senyap-senyap aku amik kad tu letak dalam poket. Aku tunggu dia masuk bilik. Bila dia dah duduk diam-diam.. aku cari alasan p amik Magnum dan..

AJ: Sayang.. Happy :) Day! *sambil hulurkan kad dan Magnum Red Velvet!*
Queen: *muka excited + mengada* Terima kasih..

Kad terus dia selit kat casing fon. Hm, camni rupanya perasaan rasa dihargai :D
Dan aiskrim tu pulak berkurun baru makan.. grrr


p/s: jom tengok spiderman!

Friday, 30 June 2017

First Date

The first date is where the fun really begin! And meeting someone for the first time is nerve wracking. Heart racing! Getting on board with load of thoughts in mind. "Nanti jumpa nak cakap ape?", "Hm, selekehnya aku pakai camni je..", "What if dia rejek aku?" and so on..

Exactly on her birthday, we decided to meet up. First date ngan Queen.. Senai menjadi saksi. Keluar je arrival hall, sambil oncall.. laju je aku ke Secret Recipe. Belikan choc indulgence (her fav). Bila nak kuar airport tu.. fuuhhhh.. neves oii! Rasa macam nak naik plane balik je.. hahaha. Dah nampak kereta dia, yakkkk jantung rasa nak tercabut dah. Breath in, breath out. Cool AJ.. be cool.

Masuk je dalam kereta, bagi salam.. Queen terus hug. Rindu. Yep.. rindu.. Rindu yang selama ni hanya dalam dunia maya.. yang diluahkan dalam fon. Sekarang, muncul depan mata. Bahagia yang tak dapat luah ngan kata-kata.

Sambil malu-malu kucing, aku hulurkan kek.. "Happy Birthday..".

3hari2malam kami bersama. Masa yang sangat singkat. Walaupun tak banyak tempat kami explore sebab sesat (ye..sesat.. blame the waze :P) tapi sangat bermakna. Makan bersama, jalan bersama, gelak bersama, sesat bersama 😝, dapat pegang tangan.. setiap moment spend dengan Queen sangat-sangat indah.

Nanti bila masing-masing dah free.. aku nak repeat balik experience ni. Mungkin bukan pada tarikh yang sama.. tapi cukuplah dengan orang yang sama, tempat yang sama. Dan lagi satu.. taknak sesat lagi dah 😝 *hm, kena booking ngan MIL ni nak culik anak untuk 3 hari*


p/s: i miss you

Monday, 26 June 2017

Mat Ri Yee

Yo peeps!

Syawal dah muncul.. so aku susun jari aku yang ada sepuluh ni..

Mintak maaf kalau ada entri..
  • Yang terkasar bahasa..
  • Yang menyinggung perasaan
  • Yang buat korang menyampah
  • Yang menyakitkan hati
  • Yang gedik
  • Yang ape-ape jelah.. 😁
Mana yang pernah kita borak, lepak sama.. mintak halal makan minum dan mintak maaf kalau
  • tersilap bahasa
  • terkutuk
  • terngumpat
  • terlebih gurau
  • termarah
  • buat korang sakit hati..
  • terngorat (ehhh.. 😜)
Mohon ampun atas segala kekhilafan aku.. Semoga Syawal kali ini memberi sinar baru buat kita semua.

Salam Aidilfitri!

Daripada.. AJ dan girlfriend tercinta, Queen 💓

Saturday, 24 June 2017

Ramadhan

Dulu, masa bulan Ramadhan.. kami hanya mampu tanam harapan untuk berbuka bersama, sahur bersama dan terawih bersama. Sekadar 'InsyaAllah' sahaja yang mampu kami ungkapkan.

Tahun ni.. harapan menjadi nyata. Kami dapat berbuka, sahur dan terawih bersama. Bila sahur, ada orang kejutkan.. sediakan makanan.. kalau line clear, orang suapkan ;) Dan yang paling best, terawih bersama. Moment yang sangat indah. Bila doa diaminkan.. kau toleh sebelah.. nampak orang yang kau sayang, kau cinta. Then, salam. The best feeling ever!

Dan walaupun bukan setiap hari dapat bersama.. tapi setiap saat yang kami luangkan bersama merupakan detik yang terindah. Terima kasih sayang.. layan kerenah saya sepanjang bulan puasa ni. 

Semoga tahun depan aku dan Queen dapat berbuka, sahur dan terawih bersama lagi. 


p/s: dah nak raye wei..!