Friday 20 March 2020

Masa awal2 aku kawan dengan dia, kawan baik dia (jom kita bagi nama: OREO) sangat menentang hubungan kami. Katanya, aku ni 'playgirl', suka mempermainkan hati dan perasaan orang dan bla bla bla. Sampaikan sanggup putus kawan. 

Selama hubungan aku dengan dia, tak pernah terdetik pun dalam hati aku nak main dengan perempuan lain. Apatah lagi curang. Tak pernah. Hati dan jiwa aku sepenuhnya untuk dia seorang. Aku sanggup menjadi perantau asalkan berada di samping dia. Setiap tahun, dipanggil balik untuk berkhidmat di 'hometown' tapi tetap aku tolak. Hanya kerana dia.

Pasal kahwin. Isu yang sangat besar kalau dalam hubungan ni. Aku tolak semua hanya kerana dia. Tak sanggup weh tengok orang yang aku sayang menanggung rasa sakit. Bukan setakat sakit, rasanya mental, jiwa dan semua pun merana. 

Hey oreo. Arini kau tengoklah sendiri. 

Dalam hubungan aku dan dia.. siapa yang menyakiti siapa. Siapa yang tinggalkan siapa. Siapa yang permainkan hati dan perasaan.

Kau orang berpelajaran. Lagi tinggi dari aku. Kau punya judgement pun level top.. high class gitu.

Aku tak kisah pun kau nak judge ape. Aku just nak kau tahu, start dari awal aku kawan dengan dia, sikit pun takde niat nak mempermainkan dia. Apatah lagi tinggalkan dia. 

Take care. Adios.

No comments:

Post a Comment