Tuesday 16 September 2014

Kehidupan Baru

Hi hi hi! 

Selamat menyambut Hari Malaysia sumer! Dannnn selamat bercuti.. hoyeaahhhhh!!! 

Ada masa, ada ruang sekejap ni.. saja nak berkongsi cerita kat tempat belajar aku. 

Kat sini, semuanya sangat-sangat baru untuk aku. Minggu pertama, agak perit dan memerihkan. Bayangkan, kau kena survive sorang tanpa kawan yang kau kenal dan classmate kau tu pulak, mereka dah jadi classmate untuk tiga tahun. Tetiba masuk aku dalam kelas dorang.. sapa nak pedulikan kan kannnn.. Terkontang-kanting la aku kat sini..

Masuk minggu ketiga, mereka dah start rapat ngan aku. Aku pun dah start lepak, keluar makan sama-sama ngan dorang. Sebelum ni, pergi dating ngan rumet je memana.. Sekarang? Hmm, jarang-jarang da keluar ngan rumet..hohooo

Hm! Belajar di sini, agak berbeza dengan kolej dulu. Di sini, peraturan dia boleh kira tahan ketat la terutama kalau nak keluar masuk. Tapi, aku macam biasa.. 'break the rules is my rule' :D.. Aku tak pernah nak letak kad or watsoever bila nak keluar p memana. Leceh weh! Macam budak sekolah sangat..

Hee.. tapi apa yang best kat sini.. awek-awek kat tempat aku belajar ni cantik! Terutama yang chinese..haha. Tengok pulak rambut yang ala-ala tak berapa nak panjang, tak berapa nak pendek. Ish, taste aku la tuu.. Tapi, still tak leh tanding pujaan hati aku - Ariana Rose!

Duk kat sini, aku kurang bersenam weh! Kekadang je aku turun padang p jogging. Takpun, main badminton.. Tu pun boleh kira bape kali aku main.. Aku tak tahu kenapa pompuan kat sini kurang bersenam. Sampai aku pun jadi malas.. Burok betul perangai! haha

Pasal kawan pulak.. Um, kawan-kawan kat sini so far so good. Cuma, aku dapat banyak nasihat suruh berhati-hati sikit bila berkawan ngan classmate aku (tak sumer, hanya sebilangan je). Kenapa? Panjang ceritanya. Cuma apa yang aku dapat simpulkan, dorang ni talam dua muka. Tapi, so far aku takde la judge dorang camtu sebab tak kena batang hidung sendiri kan. Just berhati-hati jela bila berbicara tu.. Dan lagi satu nasihat, jangan pernah kenalkan bofren kat dorang ni sebab tak mustahil nanti bofren kau tu rapat ngan mereka-mereka ni dan tup tuppppp jatuh hati! Maka, melepas la kau.. sobs sobss

Tapiiii, mengikut kawan aku ni.. dorang dah banyak berubah. Cuma, paham-paham la kan.. bila berubah, bukan 100% mereka berubah.. ada jugak sisa baki yang tinggal yang tak dapat di ubah. Aku hanya angguk tanda faham.. haha

Dah 4 bulan aku duk sini dan overall, kehidupan baru aku ni best. Alhamdulillah.. aku berjaya menempuh hidup kat sini dengan jayanya.. Weeee~~ :D

2 comments:

  1. Hi Apple_J, InsyaAllah. Boleh punya. Yeap. You should be extra careful with people. But again, haters are going to hate. Komuniti kita ni ada sahaja isu untuk mesyuarat tingkap dan tikam belakang. Just be nice to everyone and know when to say no, then insyaAllah, everything is going to be okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi MaryH..
      Yup, biasa la tu tikam belakang.. biasanya mesti orang yang kita tak sangka.. nway, thanx untuk nasihat.. sangat2 berguna

      Delete