Thursday 16 February 2017

Interview Checked!

Alhamdulillah.. Isnin lepas, interview aku berjalan dengan lancar. 

Pagi tu, aku sampai ngam-ngam kul 7.30. Nasib baik tempat tu aku familiar. Naik je tingkat 1 tu.. perghhh.. ramainya! Masing-masing duk buka buku, masih membaca dan menghafal.

Tengah akak kerani check fail kami (aku dan budak group), mamat ni tanye siapa panel. Sekali lagi, syukur... panel kami bukan lah wakil jabatan. Nampak sikit sinar cahaya masa depan.. Group aku sesi petama so debaran tu lain macam sebab tak tahu panel ni macam mane. Tak pernah dengar pasal dorang. 

Lama jugak sebenarnya kami tunggu sebab panel tengah berbincang soalan. Hahaii.. Padahal bilik lagi satu dah masuk dalam 15minit da. 

Dalam 8.30 jugak baru group aku masuk. Sesi interview aku berjalan sangat lancar. Siap dapat bergelak ketawa. Berbincang pun ade jugak! Paling ketara masa soalan terakhir.. Dua panel kat depan tu dah sengih-sengih dah tengok kami.. yelah.. suruh terangkan Rukun Negara dalam English! Manalah ingat! hahaha..

So far, segalanya sangat dipermudahkan. Soalan yang panel tanya sumer boleh goreng.. satu je fakta (Rukun Negara tu laa). Dan dapat pulak ahli group yang sangat-sangat okay. Siap backup, bisik slow2 bagi ayat dan point.. Masing-masing tolong. Dan takde yang overshadow. Panel pun sempoi.. sangat okay.

Kami keluar bilik iv dengan muka yang sangat gembira! Terus p amik gambar dan celebrate kat mcD! hahaha..

Hm, dan malam tu.. aku demam! hahaha.. mungkin dah banyak ari duk study..tido lambat. Ngee..

Semoga kami semua lulus dengan jayanya.. aminn

2 comments: