Monday 9 June 2014

Skandal. Perlu ke?

Tepuk dada, tanya hati.

Bagi aku, hidup dengan skandal ni best sebab boleh melayan sana sini terutama bila hidup bujang. Tak payah nak risau pasal hati awek. Dah awek takde, buat apa nak risau kan? Enjoy life la beb! hahaha :P

Dulu, aku tak main la skandal-skandal ni sebab dah memang ada orang yang tercinta kan.. Kalau setakat crush tu memang berlambak la. Dan bila aku tercrush dengan seseorang, aku akan cerita kat partner aku. Kejujuran itu penting oke.. Lagipun crush aku ni datang dan pergi je.. tak pernah nak stay dalam hati.

Sebut pasal crush.. crush ni banyak kategori dia. Yang datang pergi tu biasalah kan walaupun excited bila jumpa dia.. tapi niat untuk jadikan partner sikit pun takde. Lainlah dengan crush yang berjaya membuat kau terbang ke udara, hati sentiasa berbunga-bunga dan buat kau tersenyum sorang. Kalau single, terus melamar la kan.. tapi kalau dah berpunya, pikir beratus kali lah yekkkk.. (bukan crush je, skandal pun sama)

Kembali kepada isu di atas.

Bila sakit bercinta, aku menyesal sebab tak pasang skandal banyak-banyak waktu berdua. So nanti if break up, at least dalam genggaman dah ada simpanan. Meranalah seminggu paling lama, pastu on la pulak ngan skandal. Dan kembali menjalani hidup berdua..

Hmm, boleh tak aku nak main skandal-skandal ni? Macam best je kannn.. Bila sakit ada tempat nak mengadu, merengek.. Bila marah, sakit hati dan sedih, ada tempat untuk luahkan perasaan. Dan kat sini boleh aku katakan bahawa skandal pengubat lara. Tak kira untuk yang single mahupun dah berpunya.

Tapi bak kata mereka, 'sampai bila nak berskandal?' 'Tak kesian ke kat dia?' 'Tu namanya selfish!'. Terdiam aku sejenak - tak dapat nak membalas. Benar semua kata-kata mereka..

Kalau takde skandal, seolah aku tak belajar dari pengalaman. Tapi, bila ada skandal seperti aku memainkan hati dan perasaan mereka terutama yang sayang kat aku. Kalau dah berpunya, seperti aku dah berlaku curang.

Maka, adakah perlu skandal ni? terutama kepada orang yang single..


28 comments:

  1. X perlu la.... Kt blh syg ramai org, tp kt x mmpu mencintai lbh dr 1 org...... Daripada pasang scandal bnyk2, baik trus mencari yang sejati.... Takut2 terbiasa nnt, susah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta memang pada yang satu, tapi harus ada skandal jugak.. sebagai pengubat lara suatu hari nanti.. Takut yang terbiasa, yupp..yang tu sangat membahayakan.. lebih2 lg dh jumpa true love

      Delete
  2. Define 'scandal'. Hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. baik! demi cik hanie.. ;)

      bagi saya, scandal ni hanya untuk seronok. bukan serius.. if dah ada partner, cinta itu tetap untuk partner.. scandal ni macam pengisi mana yang kosong, for fun..

      Delete
    2. ohh... manusia introvert macam sy macam susah je nak berskandal. Hahaa..

      Delete
    3. hahaha, so baik jangan ye cik hanie.. banyak risiko berskandal ni.. tapi saya ni pulak menggatal nak main skandal padahal dah tahu akibat dia ape nanti..

      Delete
  3. susah nak berskandal bg yg jujur mcm aku.. sebab tak pandai menipu.. baik focus dgn sorang je.. pastu bila break up, miserable lah hidup.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha so baik kau jangan skandal sangat.. bahaya kalau kantoi! kekeke
      haaa.. sebab terlalu focus tu la pastu dah say babai, terumbang ambing terus hidup.. kalau ada skandal, masih ada tempat untuk bergantung :D

      Delete
    2. yg last tu aku setuju. kalo ada skandal, kena babai pun takda la lara sgt hati. at least boleh ubatkan ke org lain. tapi masalah pd org mcm kita ni la. setia kat sorang. cewah! masuk bakul angkat sendiri dah ni. :D

      Delete
    3. kannn.. hehe.. Haa, ni pun satu masalah. sebab setia sangat la sampai hati tersakiti pun dibiarkan.. sayang n cinta la katakan..huhu. Tapi kalau kite setia, partner pun ok.. jangan menggatal la cari skandal.. haha, takpe. bukan senang nak puji diri sendiri kan ;)

      Delete
  4. Replies
    1. flirt sana, flirt sini.. tapi cinta pada yang satu :D

      Delete
  5. humangaih. scandal2 ni best. menda terlarang kan. yikes! tapi, tepuk dada tanya diri. mampu ke nak hadapi risk berscandal. :) daku tak mampu. jadi harus setia pada yang satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..lagi org cakap jangan lagi tu la nak buat.. dah kena, baru pandai nak stop. haa, yang tu la yang jadi persoalan.. mampukah? macam mampu hahaha tapi kalau boleh tak nak sakitkan orang..

      Delete
    2. I dah bgtau partner I siap2, nak berscandal? sila lah berscandal. *bercakap sambil mata menyeleweng ibarat mata seorang ibu tengok anak nak panjat kerusi* Cuz at the end of the day, I know I am not a desperado yang terkejar cinta dia. I have a good life ahead of me and I love myself more. :) Sumpah tak buat lepas tu. lol

      Delete
    3. hahaha, warning macam tu eh..Comel je.. ;) Yea, u r right. And lots of things i have learnt from u guys yang komen.. Semoga bahagia buat anda berdua ^__^

      Delete
    4. Well Apple_J, manusia ni, lagi di halang, lagi nak buat. Jadinya, kita bagi kebebasan. We are not kids and I am sure partner kita bijak buat pilihan. Kalo tak bijak jugak, maknanya bukan level IQ kita lah. Sama IQ with scandal itu. :)

      Delete
    5. haa, betul la tu kann.. lagi cakap jangan, lagi tu la nak buat..hehe.
      hahaha, macam setepek je kena kat dahi sy ni.. ;)

      Delete
    6. oups..kira a gentle reminder to all of us including myself. :)

      Delete
    7. hehe.. yezzaa..!
      nway, thanx for the reminder :)

      Delete
  6. Orang tamak selalu rugi. Bak kata pepatah melayu seperti anjing dengan bayang-bayang. Akhirnya kelaparan sendiri. Think wisely before you act.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea, i know. that is why tak jejakkan kaki ke dunia skandal lagi.. kalau boleh tak nak yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran..

      Delete
  7. To me scandal ni hanya senang di mata tapi bukan senang di hati.... lelebih lagi bila kita memang dah berpunya... banyak susah hati kot dari senang hati... so for me.. tiada lagi istilah 'scandal'... huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm, betul jugak tu.. nak cover sana, cover sini.. dah berpunya, jadi makin susah.. last2, sendiri yang makan hati. huhu..
      yeah, bagus la macam tu.. nway, semoga bahagia chinta lara! rindu nak dgr citer pasal budak2 tu..hehe

      Delete
  8. tapi kalau scandal boleh terima orang yg berpunya, how?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, go on jela..hehe.. jangan bagi partner find out sudah :)

      Delete
    2. Hahahaha.. Better not. Plus bila usia semakin meningkat, kita sedar yg kita dah tak mampu nk kejar benda2 mcm ni, lgpun bila ada scandal, kita probably tend to comparing each other which is tak elok pun.. :)

      Delete
    3. yang usia tu setuju. dah makin bertambah usia, kita pun dah malas nak bertukar-tukar pasangan. kalau boleh biarlah, dia yang terakhir. even takde scandal pun kita kekadang compare jugak.. apatah lagi ada scandal kan.. :) yeah, so better say NO to scandal

      Delete