Friday 25 July 2014

Penyatuan Dua Hati

Setelah berbulan lamanya kami berkenalan, mengenal hati dan budi.. Dan sepanjang itulah, banyak kali jugak aku tidak menyambut tangan yang dihulurkannya. Hanya jawapan 'Sabar.. apabila tiba masanya..' yang dapat aku ungkapkan meskipun blind date pertama kami berjalan sangat lancar.

Namun, setelah melihat betapa gigih dan tidak kenal erti putus asa dan penat lelah dalam meraih serta mencuri hati aku.. di situ, aku nampak betapa ikhlas sayangnya terhadap aku. Walaupun kekadang ada juga dirinya mengeluh, meluahkan perasaan sampai bila hubungan kami ini harus bergantung - tanpa satu ikatan. 

Minggu lepas merupakan birthday aku dan dia sanggup datang jumpa aku di mana perjalanan yang mengambil masa enam jam. Meskipun tiada hadiah, tapi kehadirannya sudah cukup sebagai hadiah birthday aku yang paling istimewa. 

Selama tiga hari dia kat sini, sabar je dia duk layan kerenah aku yang mengade ni. Dah la aku ni susah nak bangun bila waktu sahur tapi, dia cukup sabar kejutkan aku.. Suapkan aku makanan dan yang paling manis, waktu dia menjaga ketika aku sakit. Masa nilah, hati aku berkata.. 'Dia lah orangnya..'

Dan pada pagi 20 Julai 2014, aku melamar dirinya-Popcorn sebagai pasangan hidup aku. hehe.. dia macam tak percaya je sebab tetiba je aku melamar dia. Banyak pulak soalan dia.. 'Kita ni dah kapel eh?', 'I'm ur girlfriend?' haha.. adeiii.. 

Maka, tarikh ini menjadi saksi di mana terpatrinya hasil penyatuan dua hati dan jiwa. Di saat ini jugalah, termeterainya ikatan serta janji dan bermulalah pelayaran bahtera buat kami berdua. 

Buat Popcorn, thanx sudi datang jauh-jauh semata nak sambut birthday saya. Next time datang, jangan lupa bawak hadiah sekali eh.. hoho.. ;p Dan, maaf andai banyak sangat kekurangan dalam diri saya.. kerna saya baru belajar bertatih dalam mewarnakan lagi hubungan kita ini..

Doakan kami..


p/s: balik kampung wehhh.. jommmm!

15 comments:

  1. Wahhh....tahniah apple n popcorn....moga bahagia milik kamu berdua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. mekaseh merpatibiru!
      amin..amin.... semoga merpatibiru pun turut bahagia dengan dirinya :)

      Delete
  2. thanks dear..u makes me smile alone and feel alive again ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. most welcome!
      lets cherish the love we have ;)

      Delete
  3. peewwwiittt... caya la apple!! ni dah lebih mekar nampaknya. hihihi.. i'm happy for you. jaga popcorn bebaik. congrats bebeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.. well, nak buat cane dak keciq..jodoh dah sampai ;p
      hahaha.. suh la popcorn tu jaga aku bebaik jugak beb..
      nway, thanx!! :D

      Delete
  4. congrats jenny!! XD

    ** jom balik indon jom! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm, x abis2 jenny eh.. nway, thanx wak!! hee :D

      ** hahaha,. jommm jommmmm

      Delete
  5. congrats and Sektamat Hari Raya to you both!

    ReplyDelete
  6. *Selamat. haiyoh. auto correct ni menyusahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you MaryH! :D
      selamat hari raya jugak for both of u

      Delete
  7. Sorry sebab lambat wish.... but still nak wish.... Congrats lil sis.... wish U all the happiness dengan popcorn tersayang.... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thank you so so so much my sis, chinta lara. Doakan yang terbaik buat kami berdua... :D

      Delete