Tuesday 26 August 2014

Jawapan Yang Tak Terungkap

Kehidupan yang normal.. Lelaki mestilah dengan perempuan. Nak berkasih, mestilah berlainan jantina.. apatah lagi apabila bab kahwin. 

Apabila bergosip, mestilah perempuan ni ngan lelaki tu.. dan sebagainya. Ceritanya berkisah lelaki DAN perempuan. Apabila berkongsi cerita.. aku dan bofren aku kan..., bofren aku kan...., haaa ni lah bofren aku dan blablablaaa.. Dan apabila satu soalan diajukan..

"Apple, nak tengok gambar bofren.."

Jawapan yang tak mampu aku ungkapkan. Hanya sekadar senyuman manis lagi comel mampu aku berikan..

"Ala.. nak tengok je.. bolehla Apple.."

Lagi sekali senyuman yang sama mampu aku ungkirkan. Hahaha, maaflah kawan. Cuba next time tanya, nak tengok gambar girlfren.. Haa, kompem terus aku kasi..kekeke 

Kekadang, teringin.. sangat sangat teringin ingin berkongsi cerita tentang kisah kita dengan pasangan dengan kawan-kawan. Namun, apakan daya.. Hanya telinga yang mampu mendengar cerita, dan mendengar luahan.. 

Cukuplah, dengan hanya sekadar kekadang mulut berbicara. Tu pun, berlapis gila!

Manusia, semua sama anggota badan..  namun daya pemikiran itu, sangat berbeza. Silap bercerita, nahaslah yang kau cari. 

Beginilah kehidupan aku, seorang insan yang sukakan perhiasan dunia - perempuan. Cerita yang mampu diungkap dengan mereka yang satu jalan dengan aku.. takpun, di abadikan dalam blog dulu_kini_masa depan.

10 comments:

  1. kan... lebih speechless kalo dorg tanya, bila nak kawen? gulp. telan liur. sebab terbayang sue & i atas pelamin.. haha.. benda yg tak mungkin jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah tu..hahaha
      huu..biasanye memang camtu la.. benda yang kita nak, mesti tak dapat.. sobs

      Delete
  2. sad isn't it that we have to treat our relationship as a dirty little secret.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. very very sad..
      but what to do..hmm

      Delete
  3. I'm having the same situation too. My colleagues keep on asking about my love life. It's getting annoying day by day. "hari-hari bergayut, senyum-senyum tengok fon, bila lagi nak belanja nasi minyak" Common words uttered from their mouths. I just keep smiling. Only people like us know how hard to have this kind of relationship. We need to support one another :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, i do agree with you, miss lee. sometimes, silence is better right? :) Not all things we have to share with our friends.. sometimes we want to, tapi bila fikir..kita ni siapa dan macam mana.. terus tak jadi. Biarlah ianya menjadi rahsia..

      Delete
  4. This will make other people think kita ni adalah org yg mysterious....penuh teka teki... agree dgn Lee Little Box.... hanya kita yg memahami bagaimana menjadi kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pastu orang duk pikir.. ngan sapelah kita ni duk berkasih sayang.. sangat2 mysterious! :D yup! setuju jugak yang tu.. hanya kita yang faham menjadi kita..

      Delete
  5. I get the same thing too.And, i choose to remain silence and ignore'. :') Tak kuasa nak layan... I get nasty remarks too, ' Good looking people selalu camtu, nak bf yang handsome sahaja... but again, ' who cares what they said... I tak kuasa nak layan. The world doesn't have to know if i'm straight or gay. I just be myself and the freedom to love. It's not easy but again... it's alright to keep my life close and private. Hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. just be urself, and for sure, u will be happy.. haha, people always like that - never change. and yeah, u r true.. who cares.. as long as we are happy with our life and the most important thing, kite tak kacau kehidupan dorang..

      Delete