Saturday 4 October 2014

Malam itu...

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Xi dan Yen buat keputusan untuk lepak je dalam bilik. Macam-macam hal telah berlaku dalam sehari dua di mana ianya telah merenggangkan hubungan mereka berdua. Mesra seperti biasa namun agak hambar.

Tetiba.. 

'Tok!tok!tok!' bunyi ketukan pintu - kuat dan laju. Xi dan Yen saling berpandangan. Yen bangun menuju ke arah pintu. Pintu di buka perlahan, kelihatan dua lelaki tegap badannya; sorang gelap, sorang cerah kulitnya. Entah siapa, mereka berdua tidak kenal. 

"Xi, mintak IC", kata Yen sambil membuat muka. Tanpa membantah, Xi ambil IC dan hulurkan kepada mereka.

"Adik, abang nak adik kemas semua barang adik", kata lelaki cerah. Xi tercengang, tidak mengerti. "Kenapa bang?", tanya Xi.

"Adik kemas je..semua. Jangan tinggalkan walau satu pun", pesannya lagi. Xi mengikut arahan.

Perlahan, Yen menghampiri Xi sambil menolong kemas barang. "Dorang tu polis", bisik Yen. "Dorang nak ape?", tanya Xi. "Entahlaa..".

Selesai semuanya.. "Jom ikut abang.. Awak pun", matanya ke arah Yen. Mereka berdua berjalan mengekori dua lelaki tersebut. Banyak benda dan persoalan bermain dalam kepala otak dorang tapi tak terjawab.

Xi dan Yen berpisah. Masing-masing naik kereta lain. Sepanjang perjalanan menuju ke balai polis, banyak benda yang di soal oleh abang polis. Apabila tidak dijawab, dikatanya tidak memberi kerjasama. Apabila soalan dijawab, dikatanya kurang ajar.

Setibanya di balai polis, Xi dan Yen di bawa masuk ke dalam sebuah bilik berasingan. Masing-masing di soal siasat. Banyak soalan ditanya dan kali ini lebih terperinci. Yen di tuduh menculik Xi. Jika disabitkan kesalahan, tidur dalam lokaplah Yen. 

Sementara, Xi diugut jikalau tidak menceritakan hal sebenar, Yen akan disabitkan kesalahan. Maka cerita di buka tapi setiapnya berlapis. Kes ditutup. 

Pihak polis menghantar Xi pulang ke pangkuan keluarga manakala Yen di bebaskan daripada tuduhan menculik. 

Ini kisah Xi dan Yen di mana mereka tekad untuk membina hidup bersama meskipun tahu jalan mereka pilih ini salah. Kerana cinta, sanggup meninggalkan semua benda. Namun akhirnya, mereka terpaksa berpisah. Bukan sebab curang, bukan sebab tiada lagi cinta.. akan tetapi, cinta ini cinta terlarang.

Kehidupan 'kita' macam ni lah.. Ada yang bahagia dapat hidup bersama. Ada yang merana kerna tidak dapat hidup bersama.. Dan ada yang bahagianya apabila hidup berjauhan.. Masing-masing punya pilihan sendiri. 

Tepuk dada, tanya hati, tanya otak. 


p/s: Cerita ni ada benarnya. Bukan sekadar rekaan mahupun mitos. Cuma kita je yang tak merasainya. 

2 comments: