Saturday 9 November 2013

Aku Tak Tahu

Banyak yang telah berlaku akhir-akhir ni.. Aku akui, aku tak di samping my Love waktu dia menghadapi semua kesusahan nih.. Bukan aku tak nak tapi aku terhalang.. Kami hanya mampu berhubung melalui telefon.. Dan aku hanya mampu mendengar ceritanya dan luahan hatinya.. 

Tapi aku kenal dirinya.. Bukan semua yang dia cerita dan luahkan...

Hinggalah suatu hari, aku terbaca mesej kat pesbuk dia.. Dia tengah rapat ngan seseorang (Mai).. Aku kenal Mai tapi aku tak menyangka my Love lebih rela dan sanggup ceritakan semua masalah dia kat Mai.. Banyak yang aku tak tahu tapi Mai tahu..

Kecik hati ni.. terasa pun ada.. kecewa pun ada.. Katanya, aku lah segalanya buat dirinya.. Tapi aku dapat rasa, makin lama makin jauh aku dan dia.. Aku tak salahkan Mai mahupun sesiapa.. Mungkin my Love sepi dan memerlukan orang yang mampu comfort dia..orang yang terdekat.. Bukan seperti aku, jauh...

Aku tak kisah tapi aku kisah bila orang lain lebih tahu segalanya dari aku.. sebab dia my life.. kenapa orang luar tahu, aku tak tahu.. Kalau bercakap pun, sikit-sikit nama Mai yang dia sebut.. Dia percaya kat Mai.. Hampir tiap-tiap hari my Love akan pergi rumah Mai.. Aku tak kisah, pergilah kalau nak pergi sebab alasannya urusan kerja.. siyes, aku tak kisah kalau pasal kerja..

My Love sukakan binatang.. Dulu dia lah akan share kat aku pasal kucing ke, arnab ke, pape jelah.. tapi sekarang semua tu dah terbalik.. hanya Mai..bukan aku lagi..

Aku tak tahu dia tipu ke tak.. Tapi apa yang aku baca conversation dia ngan Mai, dia ponteng haritu.. Mai ajak pergi umah dia.. my Love bagitahu aku pulak dia pergi kerja.. aku tak tahu mana satu yang betul..

Malam-malam kalau bercakap pun, sekejap je.. penat, letih.. Aku tak la kejam sangat.. Orang tu penat, so kita bagilah dia rehat, tidur...

Salah aku kah kerana terlalu memberi kebebasan kepadanya? Atau aku je yang fikir bukan-bukan.... Aku tak tahu... dan percayalah, kalau aku tanya sekalipun, jawapan dia pasti...

'Saya dan Mai kawan jelaa.. Lagipun dia faham apa yang saya rasa.. Sebab tu la saya taknak cerita, nanti awak fikir bukan-bukan..'

Aku percayakan dia.. tapi kalau dah macam ni.. ahh, aku tak tahu...

Aku tak tahu...!


2 comments:

  1. Bila terlalu percaya, mudah org amik kesempatan. Walaupun kita kenal hati budinya. Tapi manusia berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, dan di situlah sebenarnya kesilapan besar..iaitu terlalu percaya..
      meletakkan kepercayaan tu penting, tapi bila dah macam ni.. semua sia-sia. better say goodbye :)

      Delete