Monday 4 November 2013

Zaman Kegemilangan

Semua orang pasti ada zaman kegemilangannya sendiri..termasuklah aku..hoho..wink~

Zaman kegemilangan aku bukannya macam kawan-kawan aku yang lain. Dapat straight A, dapat awek cun, dapat bf handsome, budak top 10 kat sekolah, dapat anugerah pelajar cemerlang, pelajar terbaik negeri..

Zaman kegemilangan aku biasa sahaja, iaitu menjadi rebutan girls(kononnya lah..haha). Bukan kat sekolah okay, tapi kat social network. Time tuh facebook ni takde lagi.. Friendster pujaan hati..haha.. 

Kawan-kawan aku kat Friendster kebanyakannya orang Filipino dan anime fans. Dan adalah sorang girl, Shiznat confess suka kat aku. Kisah aku dan Shiznat akan aku ceritakan kat entry lain sebab dia pernah menjadi sebahagian hidup aku.

Tak lama kemudian, ada sorang lagi yang confess kat aku. Namanya Rina. Dia ni kawan baik aku. Aku tak sangka dia ada simpan perasaan kat aku sampai la dia tahu hubungan aku dengan Shiznat. Dia tak kisah menjadi orang ketiga, janji aku pun jadi milik dia. Dia sanggup call dan mesej aku dari Filipina. Tapi aku menolaknya secara baik. Yang mengejutkan aku, dia sanggup mencederakan dirinya sendiri selepas di reject oleh aku.. huuu..takut aku dengar.. Iyelah, aku tak naklah orang cedera tak pun mati kerana aku..huhu

Setsuna, chinese girl tapi orang kita. Aku ada crush kat dia dan aku siap bagitahu isi hati aku kat dia. Namun, aku di tolak sebab dia hanya anggap aku kawan baik. Tapi sejak dia tahu aku dah kapel ngan Shiznat, dia mula menunjukkan reaksi positif kat aku. Siap cakap lagi.. "I'm your girl, right...?" Dan aku tak tahu nak cakap apa. Terkedu. Mungkin di sebabkan respon aku macam tu kot, lama-lama hubungan kami menjadi hambar dan dia siap block aku kat Facebook.. sehingga hari ini aku tak dengar khabar beritanya....

Saki, juga kawan baik aku dan Shiznat. Jepun mix Filipina. Kiut orangnya dan sangat sempoi. Saki waktu itu kapel ngan Bheizz(juga kawan baik aku). Waktu aku dan Saki chatting, bercakap pasal masing-masing punya partner, tiba-tiba dia bagitahu aku yang dia suka kat aku. Tapi dia tak nak lukakan Shiznat memandangkan Shiznat kawan baik dia. Begitu juga aku. Sikit sebanyak memang aku ada suka kat Saki tapi tak la sampai tahap nak jadikan lover dan aku fikirkan perasaan Bheizz. Sampai hari ini, she is still my best friend.

Neko, Indon punye girl. Juga confess kat aku. Tapi aku tak layan sebab aku tak kenal sangat. Conversation kami stop kat situ dan sejak hari itu, dia tak pernah hantar chat kat aku.

Kekadang aku fikir, kenapa mereka semua ni confess kat aku, suka kat aku. Sedangkan mereka tak pernah kenal aku, tak pernah tengok muka aku secara face to face. Hanya setakat foto tak memberi apa-apa bagi aku. Mungkin layanan aku kot sebab kawan sekolah aku pernah cakap...

"Kau ni Apple..kalau layan pompuan memang terbaik.. macam layan awek.. silap haribulan dorang boleh suka kat kau..."

"Aku layan biasa jelah..macam aku layan kau lah.. gurau benda bodoh2.. buat benda gila2..", balas aku.

"Iye..memangla.. tapi aku tengok kau ni macam ada special, entah aku sendiri pun tak tahu nak cakap macam mane. tapi satu je nasihat aku, jangan la layan baik sangat sebab kita tak tahu penghujungnya macam mana..."

Mungkin betul kata kawan aku ni. Tapi nak buat macam mana, memang sikap aku macam ni. Aku dah ubah secara slow2 namun still ada sisa bakinya...

p/s: Aku rindu zaman sekolah... ;)


2 comments:

  1. Zaman friendster eh, mungkin sezaman dengan aku, ramai femme filipino yang pehh.

    ReplyDelete
  2. haha.. betul tuh.. tapi dorang sangat friendly.. bagi aku la...

    ReplyDelete