Sunday 3 November 2013

Diri Aku

Aku adalah aku. Seorang insan yang suka mencuba benda baru. Apple_J di beri nama kerana aku suka sangat makan epal..terutamanya yang hijau..uhh,masam! tapi sedap..! :D hahaha..

Aku sangat suka berkawan. Tak kira dari segi jantina, agama, baik, nakal, gay, lesbian, bi dan segala macam laa.. aku tak pernah pandang semua itu kerna aku ikhlas untuk berkawan.. Aku tak kisah siapa dirinya yang sebenar, janji dia kawan aku.. sebab bagi aku, semua manusia tak sempurna termasuklah diri aku..

Hidup aku simple tapi belok.. kekadang straight tapi most all the time, BELOK.. Untung la siapa yang straight tu.. tak perlu merasai perihnya kehidupan orang yang belok macam aku ni..

Um, kalau belok..mestilah aku suka girls..kan..? lebih-lebih lagi bila aku tengok girls yang boleh sejukkan hati aku.. tengok lama-lama pun tak puas.. hehe.. Tapi satu je, aku tak suka girls yang gedik.. sakit mata memandang...heh.. namun, tu tak bermakna aku benci.. aku okay je selagi dia tak timbulkan masalah ngan aku.. kawan tetap kawan.. walau buruk sekalipun, walau gedik sekalipun... :')

Dan kebenaran itu sentiasa menyakitkan. Aku memilih untuk hide the truth. Bukan aku penakut, tetapi pandangan orang kat luar sana terutama orang tua aku. Pedih kan, apabila kita tak dapat menjadi diri kita yang sebenar..



Hanya di blog ini aku dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati dan jiwa aku.. menjadi diari aku...

No comments:

Post a Comment