Tuesday 5 November 2013

Rumah Impian

Hari ini, tarikh ini merupakan hari yang paling aku dan dirinya tunggu. Namun, segalanya hancur berkecai. Hanya dirinya sahaja yang mampu menjejakkan kaki ke rumah impian kami. Iya, rumah impian. Rumah yang kami cari hampir separuh mati. Bukan senang nak dapatkan sebuah rumah yang kami berdua suka.

Berbulan-bulan kami cari. Ada yang aku berkenan, tapi dirinya pula tak berkenan. Ada yang dirinya berkenan tapi aku pulak tak suka. Ada yang kami berdua betul-betul berkenan tapi harga boleh cekik kami sampai mati. 

Setelah call sana, call sini.. tengok rumah sana, sini, sinun.. akhirnya, kami temui rumah impian kami. Sangat-sangat menepati citarasa kami berdua. Walaupun hanya single storey namun kawasannya sangat best..! Dah la fully furnished. So kami hanya perlu bawak badan dan pakaian kami jek..hehehe.. Lagipun, dekat ngan pasaraya so senanglah untuk aku dan dirinya mencari serta membeli barang. Dan yang paling penting, dekat ngan tempat kerja dia.

Rumah impian kami ini rumah baru. Tuan rumah duduk pun tak sampai setahun. Dia pindah sebab tak larat nak ulang-alik dari tempat kerja ke rumah di mana mengambil masa hampir 1 jam. Tu pun kalau tak jam. 

Namun, aku agak kecewa kerana tak berkesempatan jejakkan kaki ke rumah tersebut. Bukan kami gaduh, break up or whatsoever tapi masa dan keadaan tak mengizinkan aku untuk tinggal bersamanya, di rumah baru kami. Aku terpaksa pulang ke kampung kerana ada masalah yang perlu di selesaikan dan aku kira, ianya takkan selesai...

Siapa yang tak kecewa, penantian selama ni berlalu begitu sahaja. Kami siap beli mini table pool untuk rumah baru kami. Survey tv LCD sekali ngan home theater.. Perancangan nak beli Xbox yang kinect version punye, sebab aku ni kaki game so dirinya nak belikan aku Xbox supaya aku tak la bosan sangat duduk kat umah..

Tapi, begitulah kesudahannya.. Bukan rezeki aku...

Kepada dirinya... 

Sy mintak maaf sebab tak dapat nak tolong awak kemas2 barang. Sy mintak maaf jugak sebab tak dapat bersama-sama awak berpindah ke rumah baru kita. Dan maaf, impian kita ini tak tercapai. Walaupun begitu, sy tetap gembira awak jejakkan kaki ke sana. Awak tunggu sy ye kat rumah tu.. Suatu hari nanti, saya pasti akan jejakkan kaki ke sana...

No comments:

Post a Comment