Thursday 7 November 2013

Persis Lelaki

Sejak azali, perwatakan aku persis lelaki. Kawan-kawan aku pun kebanyakannya lelaki. Perempuan boleh bilang ngan jari.

Dulu, waktu aku masih kecik..lepas habis je cerita Power Rangers kat tv, aktiviti aku ialah bermain bola sepak ngan budak-budak kampung. Kekadang aku jadi penjaga gol, kekadang aku jadi defender. Dorang pulak macam tak kisah ngan kewujudan aku dan layanan mereka kat aku tak ubah seperti lelaki.

Kalau tak main bola, aku akan naik basikal pusing kampung dengan mereka. Kekadang, kami akan berlumba. Jatuh tergolek itu sudah menjadi kebiasaan. Balik rumah ngan lutut berdarah, tercalar sana sini sudah menjadi adat. Aku tak menangis, tapi akan menangis waktu sapu ubat.. pedih wooo...

Panjat pokok, oh itu benda yang best. Sambil lepak kat dahan, boleh petik dan ngap buah yang ada. Main sorok-sorok pun aku akan menyorok atas pokok.. hahaha..

Paling best bila hujan sebab boleh mandi hujan..! sekarang dah tak boleh..yelah udara dah kotor, kalau mandi kompem demam. Tak macam dulu, rilek je mandi hujan. Biasa kalau hujan, kami akan berkumpul di satu tempat maka bermulalah permainan kami. Terjun sana, terjun sini.. Cari katak, tangkap berudu.. Sangat indah.. Budak-budak zaman sekarang tak rasa dah semua nih..

Naik sekolah menengah, kelelakian aku masih ada. Tapi masa nih kawan perempuan aku makin bertambah. Bila form 4, aku dah start berambut pendek. Sebijik macam lelaki. Dengan gaya aku begini, orang yang aku nak protect masa tuh ialah Pinky..

Bila dah masuk kolej, perwatakan aku masih sama. Kasar, jalan pun macam lelaki. Aku dah pandai touch up rambut aku biar nampak lagi ensem dan macho. Kawan perempuan aku suka ngan gaya rambut aku. Kata mereka ensem. Bila rambut aku dah panjang, mereka akan suruh aku potong.. Berbeza ngan rumet aku yang lagi suka aku berambut panjang katanya nampak lagi comey.. yeke? 

Kalau keluar ngan budak2 kolej, akan ada sorang yang suka berkepit ngan aku. Dia akan pegang tangan aku persis sepasang kekasih. Begitu juga ngan Jade. Lengan aku ni lah menjadi mangsa dorang.. Tapi aku suka ngan semua nih.. Aku rasa seolah-olah aku lah guardian dorang.. aku nak protect mereka..

Tapi, aku ni hanya persis lelaki.. bukannya lelaki sejati... 


No comments:

Post a Comment